Thursday, July 31, 2008

Pra Maraton Olimpik Beijing 2008 :-)







31 Julai 2008, Khamis.

Pertandingan Merentas Desa Antara Rumah SAINSRI telah selamat dijalankan walau pun sebelum ini telah 2 kali ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Syukur kali ini cuaca cerah dan peserta berkobar-kobar untuk memungut sebanyak mungkin mata bagi rumah masing2.
Pertama kali pada tahun ini, acara ini hanya dilakukan di kawasan sekolah sahaja (merentasi padang sekolah, flet guru & kolej kediaman) tidak seperti sebelum ini di pantai Luak Esplanade atas faktor keselamatan.

Peserta kategori Lelaki A dikehendaki untuk berlari sebanyak 6 pusingan manakala Perempuan A, Lelaki B & Perempuan B pula sebanyak 4 pusingan.

Siapa pemenangnya? Tidak lain tidak bukan, mereka adalah peserta2 dari setiap rumah yang telah berjaya menamatkan larian masing2 sehingga ke garisan penamat! Tahniah sainsrians!

Projek kerja amal pelajar sainsri

Watermelon (Citrullus lanatus (Thunb.) Matsum & Nakai, family Cucurbitaceae) refers to both fruit and plant of a vine-like (climber and trailer) herb originally from southern Africa and one of the most common types of melon. This flowering plant produces a special type of fruit known by botanists as a pepo, which has a thick rind (exocarp) and fleshy center (mesocarp and endocarp); pepos are derived from an inferior ovary and are characteristic of the Cucurbitaceae. The watermelon fruit, loosely considered a type of melon (although not in the genus Cucumis), has a smooth exterior rind (green and yellow) and a juicy, sweet, usually pink, red, or yellow, but sometimes orange, interior flesh. The flesh consists of highly developed placental tissue within the fruit.

Water melon dalam bahasa Malaysia dipanggil Buah Tembikai, bahasa Sarawak dipanggil Buah Semangka dalam bahasa negeri pantai timur pula dipanggil Timun Cina.

INFO saintifik bagi tembikai

Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Cucurbitales
Famili:
Cucurbitaceae
Genus:
Citrullus
Spesies:
C. lanatus

Diharapkan projek usahasama kecil-kecilan untuk mengisi masa luang pelajar bersama Ust Mohd Azhar dan Cikgu Ahmad Fauzan akan membuahkan hasil yang lumayan. Jangan lupa sainsrians nak merasa gak sikit hasilnya nanti. Semoga maju jaya usaha tani sansri!

Lawatan SMK Dato'






30 Julai 2008, Rabu. Seramai 38 orang pengawas Ting.2 dari SMK Dato' Permaisuri bersama dengan 3 orang guru pengiring, Cikgu Bibi, Cikgu Chong dan Cikgu Fakri telah tiba di Sainsri untuk tujuan lawatan perkongsian pengawas kedua2 sekolah.
Para pelawat telah diberikan taklimat mengenai sekolah kita sainsri oleh saudari Nurhanida manakala taklimat mengenai majlis pengawas sainsri pula telah disampaikan oleh saudara Bryan.
Selepas itu, kedua2 pihak telah berkesempatan bertanyakan soalan dan bertukar2 pendapat bagi mempertingkatkan lagi majlis pengawas masing2.
Kemudian rombongan telah dibawa melawat ke makmal bahasa Jepun, Pusat Sumber, bilik operasi pengawas sainsri dan kolej kediaman putera & puteri sainsri.

Tuesday, July 29, 2008

Program Putera Puteri Harapan Ting. 1






Program bermula seawal pukul 7.00 pagi sehingga 10.30 mlm. Dianjurkan oleh unit B&K dan dibantu oleh fasiltator dari Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Pengisian dengan ceramah2 motivasi dan LDK2, diharapkan semua putera puteri ting.1 lebih HEBAT.

Sunday, July 27, 2008

Lawatan SK South Miri



21 Julai 2008

Majlis Anugerah Cemerlang 2008



Sabtu 19 Julai, 2008, Majlis Gilang Gemilang Majlis Anugerah Cemerlang kali ke 18 SM Sains Miri telah selamat dijalankan. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Sarawak, Yg. Berbahagia Dr Hj Julaihi b. Hj Bujang. Majlis bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sainsrians yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Di antara anugerah yang disampaikan:
  • Anugerah Pelajar Terbaik Peperiksaan Dalaman setiap Tingkatan 2008
  • Anugerah Terbaik Matapelajaran
  • Anugerah Lonjakan Saujana
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR 2007
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2007 &
  • Anugerah Pelajar Contoh Terbaik 2008


Saturday, July 26, 2008

Program Sekolah Angkat Sainsri 2008

Lawatan SK Beraya ke Sainsri pada Sabtu, 21 Jun 2008




Sainsri berambeh ke SK Beraya Miri pada 5 Julai 2008