Showing posts with label pengawas. Show all posts
Showing posts with label pengawas. Show all posts

Saturday, August 2, 2008

Jalinan Kasih Sainsri & SK Sayed Othman




1 Ogos 2008, Jumaat. Majlis Pengawas Sainsri telah menerima jemputan daripada SK Sayed Othman Miri untuk mengadakan Program Jalinan Kasih. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengawas Darjah 3,4,5&6 SK Sayed Othman tentang pengalaman & ilmu kepimpinan daripada abang2 dan kakak2 pengawas Sainsri.
Di antara aktiviti dijalankan adalah berupa ceramah dan latihan dalam kumpulan. Diharapkan dengan aktiviti kemasyarakatan seumpama ini barisan Majlis Pengawas Sainsri 2008 lebih matang dan berkarisma dalam membentuk jati diri yang lebih mantap. Yang pasti Sainsrian sangat seronok dapat berdamping dengan adik2 SK Sayed Othman yang comel2 dengan gelagat nakal2 mereka.


Thursday, July 31, 2008

Lawatan SMK Dato'






30 Julai 2008, Rabu. Seramai 38 orang pengawas Ting.2 dari SMK Dato' Permaisuri bersama dengan 3 orang guru pengiring, Cikgu Bibi, Cikgu Chong dan Cikgu Fakri telah tiba di Sainsri untuk tujuan lawatan perkongsian pengawas kedua2 sekolah.
Para pelawat telah diberikan taklimat mengenai sekolah kita sainsri oleh saudari Nurhanida manakala taklimat mengenai majlis pengawas sainsri pula telah disampaikan oleh saudara Bryan.
Selepas itu, kedua2 pihak telah berkesempatan bertanyakan soalan dan bertukar2 pendapat bagi mempertingkatkan lagi majlis pengawas masing2.
Kemudian rombongan telah dibawa melawat ke makmal bahasa Jepun, Pusat Sumber, bilik operasi pengawas sainsri dan kolej kediaman putera & puteri sainsri.

Sunday, July 27, 2008

Saturday, July 26, 2008

Kem Waja Diri 2008



11-13 Julai 2008, Kem Waja Diri 2008 atau sebelum ini dikenali sebagai Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan di Kampung Sukan Petronas Miri. Seramai 43 orang calon pengawas, ketua perpustakawan, ketua naqibah dan ketua koperator koperasi telah menyertai kem tersebut. Turut membantu 4 orang fasilitator iaitu mantan ketua & penolong ketua pengawas sesi 2007, Nooramad, Al-Afiq, Isyqi dan Fanurul.


Kem ini telah berjalan lancar dan banyak aktiviti telah diadakan di antaranya ceramah kepimpinan dan latihan dalam kumpulan yang menuntut peserta bekerja dalam satu pasukan.
Diharapkan daripada kem tersebut, peserta2 dapat menggunakan pengalaman & ilmu yang diperolehi untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani di sekolah nanti. Paling penting, setiap pengawas harus memegang amanah yang telah diberikan dan saling menyokong di antara sesama rakan pengawas. Bersatu teguh becerai roboh! Serumpun lidi tidak akan dapat dipatahkan berbanding sebatang lidi. Hormati kepercayaan guru dan hormati diri. Hidup Pengawas Sainsriiiiiiiiiiiiiiiiii!


klik gambar untuk jelas

Tuesday, May 6, 2008

Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar Sekolah Berasrama Penuh 2008


Nooramad Abbas bin Ahmad dan Nurul Zawatil Isyqi binti Daud telah menghadiri Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar SBP 2008.

Monday, May 5, 2008

Kenali mereka ahli2 Majlis Pengawas Sainsri 2008

Majlis Pengawas SainsSri 2008

Ketua Pelajar & Ketua Pengawas Putera:
Nooramad Abbas bin Ahmad
Ting. 5 Iltizam

Ketua Pengawas Puteri:
Nurul Zawatil Isyqi binti Daud
Ting. 5 Jaya

Penolong Ketua Pengawas Putera:
Ahmad Al-Afiq bin Fadli
Ting. 5 Usaha


Penolong Ketua Pengawas Puteri
Fanurul Kemp binti Abdul Hakim
Ting. 5 Maju