Sunday, May 18, 2008

Pasar Malam Sainsri




Ahad malam 18 Mei 2008, Majlis Pengawas Sainsri telah menganjurkan program Pasar Malam Sainsri. Nyata sekali gerai2 jualan yang dibuka mendapat sambutan yang hangat. Pelbagai jenis makanan dijual. Lebih daripada 10 buah gerai telah mengambil bahagian di antaranya gerai jualan burger, roti john, keropok lekor, ABC, mi goreng, ice blend, coconut shack, roti canai dan macam-macam lagi. Pelajar2 sainsri berbelanja sakan malam ini. Tapi harus diingat kebersihan tapak selepas jualan harus dijaga. Jangan buang sampah merata2.



Saturday, May 17, 2008

Senamrobik Sainsri


Sabtu 17 Mei 2008, pagi2 lagi dah semua ahli sainsri bersemangat untuk bersenamrobik. Semua pelajar berkumpul di dataran roll call pada pukul 6.15 pagi lagi. Aktiviti yang dianjurkan bersama di antara Unit B&K dan Majlis Pengawas Sainsri ini mendapat sambutan hangat. Kehadiran guru2 turut memeriahkan aktiviti senaman pada pagi sabtu itu.

Pelbagai gelagat dapat diperhatikan, yang pasti semua orang seronok, sekali sekala selepas seminggu study ja, aktiviti sebegini boleh juga lepaskan tension dan hilangkan stress.

Tambah best apabila lagu poco-poco didendangkan sebagai muzik latar belakang, macam dah hafal, semua pelajar dan guru sainsri menari ikut rentak irama yang sekata!

Saturday, May 10, 2008

Semangat Kolej Kediaman UTM-SIGMA.



Penghuni2 KKUTM bersungguh2 menceriakan taman di hadapan asrama mereka. Mereka beriltizam untuk menyekat penguasaan KKUPM dalam carta kolej kediaman terceria mingguan. Kembalikan kejuaraan milik kita!
Banzai Sigma Banzaiiiiiiiiiii.

Selamat Hari Ibu


Ribuan kilo jalan yang kau tempuh
Lewati rintang untuk aku anakmu
Ibuku sayang masih terus berjalan
Walau tapak kaki, penuh darah… penuh nanah
Seperti udara… kasih yang engkau berikan
Tak mampu ku membalas…ibu…ibu
Ingin kudekat dan menangis di pangkuanmu
Sampai aku tertidur, bagai masa kecil dulu
Lalu doa-doa baluri sekujur tubuhku
Dengan apa membalas…ibu…ibu….
Seperti udara… kasih yang engkau berikan
Tak mampu ku membalas…ibu…ibu

Kepada semua putera puteri sainsri, ucapkanlah selamat hari ibu kepada bonda masing2
hubungilah dia, pasti dia merindui kamu, balaslah kasih sayang dan pengorbanan ibu anda dengan belajar bersungguh2 serta tidak melakukan kesilapan yang boleh melukakan hatinya.

Maka berbaktilah kepada mereka, hormatilah mereka kerana tidak semua orang bertuah dapat menumpang kasih ibu seperti kamu.

Thursday, May 8, 2008

Pertandingan Kereta Solar Sainsri 2008

Pada 30hb April 2008, satu pertandingan model kereta solar sempena Minggu Sains, Matematik & Teknologi telah diadakan. Setiap rumah telah menghantar penyertaan masing2, bagaimana pun pada hari berkenaan keadaan cuaca tidak mengizinkan, jadi perlumbaan kereta solar terpaksa diadakan di makmal menggunakan kuasa bateri sahaja.

Keputusannya, OMEGA telah muncul pemenang dengan catatan masa yang paling laju. Diikuti oleh GAMMA, DELTA & SIGMA.

Sesi percubaan pada petang 29 April 2008 di gelanggang bola keranjang:



Peserta dan penonton berdebar2 menunggu masa perlumbaan yang akan dicatatkan:
model kereta Juara: OMEGA!
Diperhatikan semangat merekacipta dan bersaing di antara rumah agak tinggi. Jesteru itu diharapkan pada tahun depan, model kereta solar yang direka akan lebih bermutu & hebat agar perlumbaan menjadi lebih sengit.

Tahniah kepada yang berjaya!

gambar2 dipetik dari Abuwijaz Fotopages :)

Wednesday, May 7, 2008

Kasih seorang guru



"Terima kasih cikgu, walaupun aku dah tak berdaya lagi untuk berlari dan tak mampu untuk menambah markah rumah, tapi cikgu tetap cekal membantuku yang kepenatan ini.

Selamat menyambut Hari Guru pada 16 Mei nanti. Terima kasih CIKGU!

Tuesday, May 6, 2008

Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar Sekolah Berasrama Penuh 2008


Nooramad Abbas bin Ahmad dan Nurul Zawatil Isyqi binti Daud telah menghadiri Kursus Kepimpinan Ketua Pelajar & Penolong Ketua Pelajar SBP 2008.