Saturday, July 26, 2008

Kem Waja Diri 2008



11-13 Julai 2008, Kem Waja Diri 2008 atau sebelum ini dikenali sebagai Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan di Kampung Sukan Petronas Miri. Seramai 43 orang calon pengawas, ketua perpustakawan, ketua naqibah dan ketua koperator koperasi telah menyertai kem tersebut. Turut membantu 4 orang fasilitator iaitu mantan ketua & penolong ketua pengawas sesi 2007, Nooramad, Al-Afiq, Isyqi dan Fanurul.


Kem ini telah berjalan lancar dan banyak aktiviti telah diadakan di antaranya ceramah kepimpinan dan latihan dalam kumpulan yang menuntut peserta bekerja dalam satu pasukan.
Diharapkan daripada kem tersebut, peserta2 dapat menggunakan pengalaman & ilmu yang diperolehi untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani di sekolah nanti. Paling penting, setiap pengawas harus memegang amanah yang telah diberikan dan saling menyokong di antara sesama rakan pengawas. Bersatu teguh becerai roboh! Serumpun lidi tidak akan dapat dipatahkan berbanding sebatang lidi. Hormati kepercayaan guru dan hormati diri. Hidup Pengawas Sainsriiiiiiiiiiiiiiiiii!


klik gambar untuk jelas

Sunday, July 20, 2008

:: KISAH POKOK EPAL - (Untuk renungan bersama) ::



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu."Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu."Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu."Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK SAINSRIANS BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA SAINSRIANS.

Saturday, July 5, 2008

Jasamu sentiasa dikenang. Namamu tetap kami ingati.


Cikgu Raja Cikgu Ho

En. Raja Zamri Raja Mohamed (bertukar ke Terengganu), Cik Ho Siew Hoi (bertukar ke Pulau Pinang), Pn. Wan Nor Azura Wan Yusof (bertukar ke Selangor), Pn. Monica Anjat (bertukar ke Bintulu) dan Pn. Rohaiza Baharom (bertukar ke Perak)

Selamat berkhidmat di sekolah baru cikgu. Kami doakan agar cikgu gembira di tempat baru bersama pelajar2 baru. iboh lupak kamek orang di miri. doakan kejayaan kami dalam exam pmr & spm nanti. kami rindukan cikgu!

Sunday, June 29, 2008

Pertandingan Kawad Kaki, Majlis Anugerah Kokurikulum & Majlis Penghargaan Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2008

Pada 26 Jun yang lepas, Pertandingan Kawad Kaki antara unit2 beruniform sainsri, Majlis Anugerah Kokurikulum & Majlis Penghargaan Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2008 telah diadakan.
Pertandingan Kawad Kaki Formasi telah diadakan seawal jam 7 pagi yang mana telah diungguli oleh Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat Sainsri, naib johan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Sainsri dan ketiga Bulan Sabit Merah Malaysia Sainsri. Seramai 7 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut di anatara lainnya Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri dan Puteri Islam. Pertandingan ini telah diadili oleh hakim2 dari Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPA3 Miri.

Selepas Pertandingan Kawad Kaki diadakan pula Majlis Anugerah Ko Kurikulum 2008. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Jalong Wan, wakil Pegawai Pelajaran Gabungan Miri. Antara anugerah yang disampaikan:
  • Anugerah Kokurikulum Putera/Puteri Terbaik
  • Anugerah Koakademik Putera/Puteri Terbaik
  • Anugerah Unit Gerko Terbaik
  • Anugerah Khas 2007/2008
  • Anugerah Separa Warna
  • Sijil Unit Uniform/Persatuan/Kelab

Selepas MAKK diadakan pula Majlis Penghargaan MPP Sesi 2007/2008 dan Majlis Perlantikan MPP Sesi 2008/2009 serta Lafas ikrar MPP yang baru.




Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya! Kepada MPP yang baru selamat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Wednesday, June 18, 2008

Kasut ooooooo kasut .......



Tahukah sainsrians bahawa di dalam kasut kita boleh menempatkan kira2 2887 bakteria manakala di sebelah luarnya pula menempatkan kira2 421000 unit bakteria.

(Sumber dari Dr Charles Gerba, ahli mikrobiologi & profesor dari University Arizona).

Ha, ni baru cerita pasal kasut belum lagi pasal stokin busuk!

Selalukah sainsrians membasuh dan menjemur kasut2 mereka. Sekali seminggu? Sekali sebulan? Sekali setahun? Tambah2 duduk kat asrama, memang jarang cuci kan.. kan?


Fikir2kanlah deh. Yang tak pernah basuh kasut tu basuh2kanlah. Paling kurang pun bila hujung minggu nanti, jemurkanlah kasut anda, matilah sikit kuman2 tu.
Selepas basuh kasut, jemur kasut, kiwi hitamlah kasut anda sampai berkilat. biar berkilat bersinar2 sampai silau warden2 tengok.

Tuesday, June 17, 2008

bersatu kita TEGUH bercerai kita ROBOH


Ayuh sainsrians! Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.

Monday, June 16, 2008

Sedarlah sainsrians!


Pelajar2 sainsri cukup bertuah kerana hanya perlu berjalan kaki tidak sejauh mana ke sekolah setiap hari. tapi ruginya masih ada yang terlewat pergi rollcall, lewat prep petang/malam. ada yang disengajakan dan ada yang buat2 taktau. itulah sikap manusia mudah leka bila terlalu dibuai kesenangan.
cuba lihat foto di atas, adik2 ini menyabung nyawa untuk ke sekolah setiap hari. hanya meniti di atas tali jambatan usang yang hampir roboh, menantinya di bawah arus sungai yang dalam dan deras! Pasti mereka adalah insan2 yang hebat kerana mereka nyata lebih bersemangat untuk menuntut ilmu berbanding sesetengah daripada kita di sini. Tidak kah kita sainsrians merasa segan?
Fikir2lah sendiri.